Fortnite kini memintas kepopularan PUBG sebagai permainan Battle Royale nombor satu dunia. Kepopularannya semakin meningkat selepas watak Thanos ditawarkan untuk waktu yang terhad sempena penayangan filem Avengers Infinity War. Buat masa ini permua Fortnite hanya ditawarkan untuk peranti iOS. Pada musim panas ini ia akan akhirnya tiba ke platform Android. Ini bermakna ia mungkin tiba seawal Jun atau selewat-lewatnya Ogos.
Epic Games turut mengumpan kustomasi HUD untuk platform iOS. Pengguna boleh memilih apakah ikon yang ingin dipaparkan pada skrin ketika bermain. Di masa hadapan mereka ingin membawakan fungsi voice chat bagi memudahkan rakan sepasukan berhubung antara satu sama lain merentasi pelbagai platform serta fungsi membisukan chat sekiranya perlu. Mod penjimatan bateri akan turut diperkenalkan pada permua bagi memanjangkan tempoh permainan tanpa perlu bergantung kepada pengecas atau power bank.
Saiz muat turun permua sedang dikecilkan dengan pemampatan fail yang lebih baik. Proses kemaskini juga bakal diperbaiki supaya boleh dilakukan pada latar belakang tanpa mengganggu sesi permainan. Akhir sekali penambahbaikan sistem auto lari. menembak dan kawalan akan dilakukan pada versi permua bagi menjadikannya setanding PC dan konsol.