Skip to main content

PUBG Mobile baru sahaja dikeluarkan pada 20 Mac lepas, walaupun bersaing dengan pelbagai lagi permua yang mempunyai genre battle royale seperti Rules of Survival dan Fortnite, PUBG Mobile mendapat sambutan yang sangat baik.

Berdasarkan laporan PocketGamer, untuk masa ini PUBG Mobile mempunyai 10 juta pemain aktif setiap hari. Ia merupakan satu jumlah yang baik dan lebih menarik lagi jumlah tersebut tidak termasuk pemain dari China.

Tambahan lagi PUBG Mobile juga menjadi permua paling banyak dimuat-turun di lebih 100 negara kejayaan yang dicapai dalam masa seminggu selepas dikeluarkan.

Dengan jumlah yang ramai ini, adakah bot masih digunakan?

Leave a Reply