Selain perkongsian mengenai storan awanan bagi Nintendo Switch Online, Nintendo juga berkongsi harga untuk servis berikut. Selain daripada langganan secara individu, langganan untuk keluarga juga diperkenalkan iaitu harga $34.99(RM138) untuk 12 Bulan anda boleh berkongsi langganan ini bersama dengan 7 lagi keluarga anda.

Penambahan dari pengumuman tersebut, Nintendo juga mengumumkan untuk berkongsi keluarga anda tidak perlu menggunakan akaun dari rantau yang sama. Dengan kata lain jika anda menggunakan akaun US dan keluarga anda akaun JP, anda masih boleh berkongsi langganan Nintendo Switch Online.

Buat masa ini pemilik Switch di Malaysia tidak mempunyai rantau rasmi dan kebanyakan pemain menggunakan akaun dari rantau yang berbeza seperti US, JP dan AUS. Ini sudah semestinya lebih memudahkan untuk berkongsi.

Sohor Kini