Skip to main content

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini berkenaan permainan Rage 2, Bethesda Softworks hari ini akhirnya mempertontonkan trailer pengumuman permainan Rage 2 yang mana ia mempertontonkan sebilangan adegan aksi nyata permainan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=M7eXH25_KC0

Buat masa ini Bethesda Softworks masih belum berkongsi sebarang informasi tambahan berkenaan permainan. Namun, berdasarkan trailer yang dipertontonkan, Bethesda tampaknya akan melancarkan trailer bentuk permainan akan dilancarkan esok.

Menurut Bethesda Softworks, permainan tersebut akan memfokuskan permainan berbentuk penembak pandang pertama dunia terbuka yang mana pemain berupaya untuk mengembara dimana-mana sahaja, menembak apa sahaja dan meletupkan pelbagai benda.

Bagi anda yang meminati permainan Rage ataupun permainan berbentuk pasca-apokaliptik, anda mungkin akan berminat untuk mencuba permainan ini yang mana ia diumumkan bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi sebarang informasi tambahan, kami akan berkongsinya setelah Bethesda Softworks mengumumkannya kelak.

Leave a Reply