Informasi Permainan Video Terkini
Ariana Grande Mempersembahkan Lagu No Tears Left To Cry Menggunakan Nintendo Labo

Ariana Grande Mempersembahkan Lagu No Tears Left To Cry Menggunakan Nintendo Labo

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Apabila kami melakukan nyah kotak untuk Nintendo Labo perkara pertama yang kami ingin lakukan adalah menghasilkan piano. Piano yang dibuat menggunakan Labo berfungsi dengan baik akan tetapi oleh kerana kami bukanlah pemuzik tidak banyak yang dapat dilakukan.

Melalui rancangan The Tonight Show bersama Jimmy Fallon, Ariana Grande mempersembahkan lagu baru beliau ‘No Tears Left To Cry’, menariknya kesemua peralatan muzik hanya menggunakan Nintendo Labo.

Nintendo Labo sudah dikeluarkan pada 20 April lepas dan kerana konsepnya yang terbuka sudah menjadi sesuatu untuk binaan kreatif pengguna. Mungkin selepas ini kita dapat melihat pelbagai lagi perkara dilakukan yang menggunakan Nintendo Labo.