Informasi Permainan Video Terkini
Valve Telah Membayar $109,000 Kepada Penggodam Yang Berjaya Mencari Kerentanan Steam

Valve Telah Membayar $109,000 Kepada Penggodam Yang Berjaya Mencari Kerentanan Steam

Diterbitkan pada Mei 14, 2018 oleh .

Sudah menjadi kebiasaan pemilik sistem atau laman membayar penggodam untuk mencari kerentanan di dalam sistem mereka. Baru-baru ini Valve melakukannya melalui Hacker One.

Jumlah yang ditawarkan adalah berdasarkan tahap kritikal sesuatu kerentanan. Ia mungkin serendah $200 sehingga $2000 untuk tahap tinggi. Manakala untuk tahap yang lebih tinggi, paling sedikit adalah $1500 dan tidah mempunyai had.

Antara perkara yang menjadi fokus Valve adalah laman dan juga aplikasi Steam, SteamOS, Steamworks SDK, pelayan, permainan yang dikeluarkan oleh Valve dan juga servis multi-pemain dan juga pembelian di dalam permainan mereka.

Mengikut laporan oleh Hacker One, setakat ini Valve sudah membayar $109,000. Berdasarkan pemerhatian kami setakat ini yang tertinggi dibayar untuk satu kerentanan adalah $2500. Sesiapa yang pandai menggodam bolehlah mencuba.