Deus Ex: Mankind Divided walaupun merupakan satu permainan yang baik akan tetapi tidak terjual seperti yang diharapkan oleh Eidos Montreal dan juga Square Enix.
Disebabkan itu pada awal tahun lepas Square Enix mengumumkan siri permainan Deus Ex akan ‘direhatkan’ buat sementara waktu. Ramai yang menjangkakan siri ini akan terus terkubur walaupun penceritaan masih tergantung.
Semasa temubual bersama PCGamesN, Ketua Eidos Montreal David Anfossi mengatakan siri permainan Deus Ex akan diteruskan suatu masa nanti kerana permainan tersebut merupakan wajab kepada studio mereka.
Tambah beliau lagi buat masa ini mereka sibuk dengan pembangunan Shadow of the Tomb Raider yang akan dikeluarkan pada bulan September nanti, pembangunan bersama Crystal Dynamics untuk permainan The Avengers dan juga permainan baru yang masih tidak diumumkan.
Kami berharap mereka akan mengeluarkan satu lagi permainan Deus Ex agak dapat menutup penceritaan yang terlalu tergantung.