Skip to main content

Kita sedia melihat pengenalan persatuan e-sukan secara rasminya dibeberapa negeri, dan paling terkini, Persatuan E-Sukan Sarawak (SESA) turut dilihat telah ditubuhkan di negeri Sarawak.

Persatuan ini telah pun didaftarkan dibawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Sarawak, selain turut menerima pengesahan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Belia dan Sarawak serta Sarawak Sports Corporation.

SESA Sarawak E-Sukan

Seperti beberapa persatuan e-sukan yang lain, SESA akan turut membangunkan industri e-sukan di Sarawak, termasuk dari segi meningkatkan kesedaran, membangunkan bakat, dan memberikan khidmat nasihat kepada pemain.

SESA turut dijangka menubuhkan liga negeri di Sarawak untuk e-sukan, selain merancang untuk membina pusat e-sukan di Kuching.

Dengan perkembangan baru ini, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai SESA ini dan perkembangan e-sukan di Sarawakn dengan lebih aktif selepas ini.

Leave a Reply