Informasi Permainan Video Terkini
Facebook Memperkenalkan Pembelian Di Dalam Aplikasi Untuk Platform Instant Games

Facebook Memperkenalkan Pembelian Di Dalam Aplikasi Untuk Platform Instant Games

Diterbitkan pada Mei 7, 2018 oleh .

Platform Instant Games oleh Facebook merupakan platform di mana pembangun boleh menghasilkan permainan yang boleh dimainkan di web Facebook ataupun aplikasi Messenger tanpa memerlukan pengguna memuat-turun aplikasi lain.

Diperkenalkan pada tahun 2006, dan Mac lepas Facebook mula membuka platform ini kepada semua pembangun. Kini Facebook memperkenalkan pembelian di dalam aplikasi untuk permainan di platform ini seperti yang disediakan oleh Play Store dan juga App Store.

Seperti tempat-tempat lain, Facebook juga akan mengambil sebahagian daripada pendapatan iaitu 30% daripada keseluruhan. Dengan adanya sistem ini, sudah semestinya akan menggalakkan lebih ramai pembangun menghasilkan permainan mereka untuk platform Facebook ini.


TIPS & ULASAN