Informasi Permainan Video Terkini
Zynga Mencatat Keuntungan $5.6 Juta Untuk Suku Pertama 2018

Zynga Mencatat Keuntungan $5.6 Juta Untuk Suku Pertama 2018

Diterbitkan pada Mei 7, 2018 oleh .

Jika bercakap mengenai permua sebelum hadirnya dominasi dari negara China melalui Tencent dan Netease, Zynga adalah terawal yang mengeluarkan permua dan mendominasi pasaran akan tetapi mereka mula melalui kejatuhan.

Untuk tahun 2018 tampaknya Zynga bermula dengan langkah kanan apabila mencatat keuntungan sebanyak $5.6 juta walaupun menjangkakan mengalami kerugian sebanyak $9.5 juta. Ini berlaku apabila pendapatan Zynga untuk suku ini  menampakkan peningkatan terutama perniagaan permua mereka.

Pendapat permua secara keseluruhan adalah $183 juta berbanding $162 juta untuk suku yang sama pada tahun lepas. Tambahan permua juga menjadi sumber kepada 88% daripada pendapatan iaitu 6% lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Zynga juga melaporkan yang jumlah pemain untuk permua mereka adalah yang tertinggi selepas 4 tahun apabila mencatat 23 juta pemain harian dan 82 juta pemain bulanan. Permua yang menunjukkan peningkatan yang baik adalah Words with Friends dengan peningkatan sebanyak 18% dan CSR Racing 2 meningkat sebanyak 2%.

Dengan permulaan yang kuat untuk Zynga pada tahun ini, mungkin pelbagai kejayaan lagi akan dicapai oleh mereka untuk tahun ini.


TIPS & ULASAN