Taiwan Excellence ialah sebuah perbadanan dari negara Taiwan yang memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat dari Taiwan yang mengharumkan negara tersebut dengan produk-produk mereka, tidak kira dari sektor mana sekalipun.

Perbadanan tersebut baru-baru ini dilihat mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sebuah kejohanan e-sukan Taiwan Excellence Intercollege Battleground 2018 (TEIB 2018) yang akan mempertarungkan wakil-wakil dari 10 buah kolej dan universiti dari seluruh Malaysia melalui tajuk-tajuk permainan e-sukan yang cukup popular, seperti Counter-Strike: Global OffensiveLeague of Legendsdan juga DoTA 2.

Institusi-institusi pelajaran tinggi yang akan terliba didalam kejohanan ini termasuklah KDU, INTI, HELP, Taylor’s UC, TAR College, MMU, UMS, UCSI, First City University College dan juga Southern University College.

TEIB 2018 akan berlangsung dengan 10 pusingan saringan di 10 lokasi, dan para pemenang dari setiap pusingan saringan akan bertarung di acara utama TEIB 2018 yang akan berlangsung pada bulan Oktober 2018 kelak untuk menentukan siapakah juara sebenar kejohanan ini.

Dalam pada itu, kejohanan TEIB 2018 ini juga ditaja oleh syarikat-syarikat dibawah Taiwan Excellence, seperti Acer, ASUS, AORUS, MSI, In Win, XPG dan sebagainya supaya para peserta boleh bertanding dengan cekap dan selesa.

Pemenang-pemenang utama untuk setiap tajuk permainan e-sukan ini akan memenangi sebahagian daripada RM130,000 yang telah dikumpulkan untuk kejohanan ini.

Laman Web: Taiwan Excellence Intercollege Battleground 2018

Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Amanz.

Sohor Kini