Rockstar hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mempertontonkan trailer terbaru buat permainan akan datang, Red Dead Redemption 2 pada 2 Mei ini jam 11 malam (Waktu tempatan).

Menurut Rockstar, trailer terbaru tersebut akan dikongsikan melalui laman rasmi Rockstar dan saluran rasmi Youtube Rockstar. Sekaligus, ini merupakan trailer ketiga buat permainan tersebut sejak pengumumannya pada 2016 lepas.

Red Dead Redemption 2 adalah permainan sekuel kepada Red Dead Redemption yang dilancarkan 2010 lepas di Playstation 3 dan Xbox 360. Kini permainan terbaru Red Dead Redemption 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Oktober 2018 ini dan ia ditawarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Sohor Kini