Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan yang ASUS dan Penang Youth Development Corporation (PYDC) dengan kerjasama Penang ICT Association (PICTA) menganjur Kejohanan Dota 2 ROG Conquest, Penang State Championship 2018 pada 28 โ€“ 29 April 2018 di The Top, Komtar, Pulau Pinang.

Kejohanan ini tampaknya mendapat sambutan yang baik, sebelum ini diumumkan terhad kepada 64 pasukan sahaja tetapi pusingan kelayakan memperlihatkan lebih 90 pasukan yang menyertai dan berlangsung pada 21 dan 22 April 2018 dan dilakukan secara atas talian.

Daripada pusingan kelayakan 8 pasukan terbaik layak ke pusingan akhir. Pusingan akhir yang berlangsung pada 28-29 April memperlihatkan Team BlackJack menjuarai kejohanan ini. Berikut adalah senarai penuh kedudukan;

  • Juara: Team BlackJack
  • Tempat Kedua: Team DotaHero
  • Tempat Ketiga: Team Lagenda
  • Tempat Keempat: CR1 Stratos

Tahniah kami ucapkan untuk semua pemenang dan juga kepada ASUS dan PYDC yang menganjur kejohanan ini bagi lebih menggalakkan perkembangan e-sukan di Malaysia.

Leave a Reply