Seperti yang kami tuliskan semasa trailer pertama untuk Ant-Man and the Wasp, mengikut turutan penceritaan filem ini berlaku sebelum berlakunya filem Infinity War jadi jika anda inginkan penjelasan apa yang berlaku di dalam Infinity War filem ini tidak akan membantu anda.

Selain memperlihatkan kerjasama antara Ant-Man dan the Wasp, trailer kedua ini juga memperlihatkan watak jahat yang dilakonkan oleh Hannah John-Kamen iaitu Ghost.

Ant-Man and The Wasp akan ditayangkan bermula 5 Julai nanti dan akan menjadi filem adiwira keempat yang ditayangkan untuk tahun 2018.

Sohor Kini