Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Menghadiahkan Permainan Mini Ninjas Bersempena Pelancaran Laman Web Baru Mereka
PC

Square-Enix Menghadiahkan Permainan Mini Ninjas Bersempena Pelancaran Laman Web Baru Mereka

Diterbitkan pada Mei 1, 2018 oleh .

Bersempena dengan pelancaran laman web terbaru oleh Square-Enix, mereka kini menghadiahkan permainan Mini Ninjas buat tempoh masa terhad bermula hari ini sehingga 15 Mei ini.

Mini Ninjas merupakan permainan aksi pengembaraan yang dilancarkan pada 2009 lepas. Melalui permainan ini, anda berupaya untuk menggunakan enam jenis Ninja yang mempunyai sebilangan kemahiran yang berbeza dimana anda akan bertempur dengan musuh-musuh Ninja lain yang disumpah oleh ketua musuh permainan tersebut.

Untuk mendapat permainan tersebut, anda hanya perlu ke kedai atas-talian Square-Enix tersebut dengan meletak permainan di dalam senarai pembelian anda. Ketika daftar keluar, pastikan anda meletakkan kod promosi MiniNinjas di dalam ruangan tersedia untuk mendapatnya secara percuma.

Setelah anda membuat pendaftaran keluar, anda hanya perlu menyah-kunci pengaktifan permainan tersebut untuk mendapatkan kod untuk dimuat-turun melalui Steam.

Selain daripada itu, Square-Enix juga mengadakan jualan khas Golden Week sale dimana anda boleh membeli sebilangan permainan keluaran Square-Enix dengan harga diskaun sehingga 50%.

Muat-Turun: Mini Ninjas

Jualan Promosi: Golden Week Square-Enix


TIPS & ULASAN