Informasi Permainan Video Terkini
Atlus Berkongsi Video Perbezaan Visual 4K Buat Permainan Dragon’s Crown Pro

Atlus Berkongsi Video Perbezaan Visual 4K Buat Permainan Dragon’s Crown Pro

Diterbitkan pada Apr 30, 2018 oleh .

Dengan pelancaran permainan Dragon’s Crown Pro semakin hampir pada 15 Mei ini, Atlus hari ini berkongsi video khas yang menyaksikan perbezaan visual grafik resolusi 4k permainan tersebut dengan edisi HD.

Melalui video ini, Atlus tampaknya berkongsi visual grafik yang lebih terang dan menarik berbanding versi HD dimana pemain tampaknya berupaya untuk menikmati kualiti visual permainan tersebut dengan lebih baik.

Dragon’s Crown Pro merupakan permainan pernambah-baikkan daripada permainan Dragon’s Crown yang asalnya dilancarkan pada 2013 lepas di Playstation 3 dan Playstation Vita. Ia dibangunkan oleh Vanillaware yang mana ia memfokuskan bentuk permainan 2D aksi pengembaraan. Kini ia bakal tiba di konsol Playstation 4 pada 15 Mei ini.