Informasi Permainan Video Terkini
Filem Avengers: Infinity War Mencapai Kutipan $630 Juta Seluruh Dunia Setakat Ini

Filem Avengers: Infinity War Mencapai Kutipan $630 Juta Seluruh Dunia Setakat Ini

Diterbitkan pada Apr 30, 2018 oleh .

Disney hari ini mengumumkan bahawa sejak pembukaan filem Avengers: Infinity War minggu lepas, mereka mencapai hasil kutipan sehingga $630 juta seluruh dunia sekaligus ia memegang rekod sebagai filem tertinggi hasil kutipan buat pembukaan hujung minggu pertama, mengalahkan filem The Fate Of The Furious.

Hasil kejayaan filem tersebut sememangnya harus diberi pujian memandangkan ia merupakan hasil pembikinan Marvel Cinematic Universe sejak 10 tahun lepas bermula dengan filem Iron Man yang ditayangkan pada 2008 lepas.

Namun begitu, hasil kutipan ini masih belum lagi dicampur hasil buat negara China memandangkan filem tersebut masih belum ditayang di negara tersebut. Menurut Dave Hollis, presiden penerbit tayangan Disney menyatakan mereka percaya filem tersebut juga akan diterima baik buat penonton di China memandangkan filem dari Marvel sering mendapat sambutan yang baik.

Sememangnya 10 tahun penantian oleh peminat adalah sangat berbaloi dimana kami sendiri di Aksiz juga sangat menyukai filem tersebut. Memandangkan filem tersebut masih lagi ditayang di panggung wayang, kami pasti hasil kutipan akan terus meningkat memandangkan kedua-dua filem Avengers sebelum ini juga terletak di dalam senarai 10 filem terlaris seluruh dunia.


TIPS & ULASAN