Informasi Permainan Video Terkini
Dragalia Lost – Permua Baru Oleh Nintendo Dan CyGames

Dragalia Lost – Permua Baru Oleh Nintendo Dan CyGames

Diterbitkan pada Apr 27, 2018 oleh .

Nintendo dan CyGames hari ini mengumumkan kerjasama antara mereka untuk melancarkan permua Dragalia Lost yang memfokuskan bentuk permainan secara aksi RPG.

Menurut Nintendo dan CyGames, mereka akan bekerjasama untuk membangunkan permainan yang akan menarik minat seluruh pemain di seluruh dunia. Buat masa sekarang, ia dirancang untuk dilancarkan untuk iOS dan juga Android.

Walaupun begitu, Nintendo tidak berkongsi berkenaan pelancaran tersebut di pasaran Malaysia. Namun, menurut Nintendo, ia akan dilancarkan secara global tetapi bermula dengan pelancaran di Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Macau dahulu pada musim panas tahun ini.

Bagi anda yang berminat, pra-pendaftaran juga dibuka buat masa sekarang dimana pemain berupaya untuk mendapat sebilangan ganjaran mengikut nilai jumlah pemain yang membuat pra-pendaftaran. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi permainan tersebut dibawah.

Pra-Daftar: Dragalia Lost