Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Tidak Pasti Mengenai Masa Depan Konsol 3DS

Nintendo Tidak Pasti Mengenai Masa Depan Konsol 3DS

Diterbitkan pada Feb 12, 2018 oleh .

Kejayaan Switch membuatkan pemain tertanya sama ada Nintendo akan terus menyokong konsol 3DS kerana dari segi fungsi, Switch dan 3DS mempunyai konsep yang sama iaitu konsol mudah alih. Bahkan ramai yang menganggap Switch sebagai 3DS versi lebih baik.

Melalui temubual bersama penganalisis, Presiden Nintendo Tatsumi Kimishima mengatakan beliau berharap pemain akan terus menyokong Switch bersama dengan 3DS akan tetapi untuk masa depan mereka masih belum pasti. Pengarah Nintendo Jo Shiota kemudian menambah yang walaupun sistem Switch dan 3DS nampak sama akan tetapi teknologi utama untuk kedua konsol ini adalah berlainan.

Beliau juga menambah mengenai pembangunan, buat masa ini mereka masih di peringkat awal dan tiada keputusan lagi buat masa ini. Apabila mereka sudah memutuskan arah untuk konsol seterusnya mereka akan membuat persediaan untuk memerhati teknologi terbaru.

Walaupun kami berharap permainan-permainan yang dikeluarkan di 3DS turut dikeluarkan untuk Switch, kami memahami jika ada pemain yang lebih memilih 3DS sebagai konsol mudah alih berbanding Switch.


TIPS & ULASAN