Skip to main content

Bagi kami filem Angry Birds bukanlah satu filem animasi yang baik akan tetapi berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ravio dan Sony, filem tersebut berjaya mengutip $352 juta secara global dan merupakan pendapat utama untuk Ravio pada tahun 2016.

Minggu ini Ravio dan Sony mengumumkan merekan akan menerbitkan filem kedua untuk Angry Birds iaitu The Angry Birds Movie 2 dan pelakon suara dari filem lepas seperti Jason Sudeikis, Josh Gad, Bill Hader, Danny McBride dan Peter Dinklage akan kembali.

Thurop Van Orman dan John Rice akan menjadi pengarah bersama, manakala John Cohen akan kembali sebagai penerbit. Filem ini akan ditayangkan pada 20 September 2019.

Ravio sekarang di dalam keadaan yang tidak baik, permua mereka tidak membuat keuntungan seperti jangkaan mereka, mungkin filem ini sekali lagi membantu untuk menjana pendapatan untuk mereka.

Leave a Reply