Skip to main content

Tacoma, iaitu permainan yang dibangunkan oleh Fullbright kini akhirnya bakal tiba di konsol Playstation 4 bermula 8 Mei ini. Permainan ini asalnya dilancarkan di Xbox One dan PC pada tahun lepas.

Menurut pembangun permainan ini, versi Playstation 4 akan menyertakan kandungan baru iaitu mod ulasan pembangun yang menyertakan lebih dari dua jam ulasan audio dari pembangun permainan seperti penulis, pereka, artis dan pengaturaca permainan tersebut.

Tacoma merupakan permainan yang memfokuskan penceritaan dimana ia meletakkan pemain di atas stesen angkasa ketika tahun 2088. Melalui permainan ini, pemain akan meneroka kapal angkasa tersebut disamping mencari dan menyelesai misteri penceritaan permainan tersebut. Permainan ini merupakan permainan seterusnya oleh pembangun permainan Gone Home yang mana juga mendapat pujian ramai dengan penceritaannya yang menarik.

Bagi anda yang masih lagi belum bermain permainan ini, ini merupakan peluang yang baik untuk menikmati penceritaan Tacoma di konsol Playstation 4 anda bermula 8 Mei ini.

Leave a Reply