Skip to main content

Asus Republic Of Gamers (ROG) bersama Mineski Events Team (MET) hari ini mengumumkan kejohanan permainan PUBG (Player’s Unknown Battlegrounds) Southeast Asia Championship yang mana ia bakal di adakan bermula Mei ini.

Kejohanan tersebut bakal berlangsung bermula 5 Mei ini buat pusingan kelayakan dan pusingan terakhir bakal berlangsung pada 23 sehingga 24 Jun ini di Thailand.

Tambahan juga, bagi pemain yang menjuarai kejohanan Asia Tenggara tersebut, mereka berpeluang untuk menyertai kejohanan PUBG Global Invitational 2018 yang bakal berlangsung di Berlin, Jerman pada Julai ini dan merebut wang hadiah bernilai $2 Juta.

Bagi pusingan kelayakan buat pasukan dari Malaysia, ia bakal berlangsung pada 5 sehingga 27 Mei ini. Manakala pusingan akhir kelayakan tersebut akan diumumkan kemudian.

Buat masa ini, informasi tambahan berkenaan kejohanan tersebut masih belum diumumkan. Namun, kejohanan ini sememangnya dibuka untuk kesemua pemain yang berminat untuk mewakil Malaysia dan menjadi pemain dan pasukan terbaik PUBG buat Asia Tenggara.

Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi informasi tambahan kejohanan tersebut setelah ia diumumkan oleh Asus ROG dan MET.

Leave a Reply