Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Pertama Filem Venom Dipertontonkan – Venom Diperlihatkan Buat Pertama Kali

Trailer Pertama Filem Venom Dipertontonkan – Venom Diperlihatkan Buat Pertama Kali

Diterbitkan pada Apr 24, 2018 oleh .

Februari lepas, Sony Pictures berkongsi trailer acah pertama filem Venom yang memfokuskan watak Eddie Brock. Kini, Sony Pictures akhirnya berkongsi trailer rasmi pertama filem tersebut dengan mempamerkan watak Venom.

Trailer tersebut juga menyertakan pelbagai aksi yang menarik dimana Eddie Brock (Tom Hardy) pertama kalinya memperoleh kuasa Venom tersebut. Selain itu, trailer tersebut juga memaparkan transformasi watak Eddie Brock kepada Venom yang sememangnya dinantikan oleh peminat.

Menurut Sony, filem tersebut tidak akan berkait dengan filem Marvel Cinematic Universe seperti filem Avengers Infinity War yang bakal ditayang minggu ini. Malah, Sony menyatakan bahawa mereka akan menghasilkan Sony’s Marvel Universe mereka sendiri.

Venom merupakan filem terbaru oleh Sony Pictures dan berdasarkan komik adiwira Marvel. Ia bakal ditayang bermula 5 Oktober ini secara global.