Informasi Permainan Video Terkini
Grand Theft Auto V: Premium Online Edition Diumumkan – Edisi Lengkap Buat Permainan Tersebut
PC

Grand Theft Auto V: Premium Online Edition Diumumkan – Edisi Lengkap Buat Permainan Tersebut

Diterbitkan pada Apr 23, 2018 oleh .

Rockstar hari ini akhirnya mengumumkan permainan edisi lengkap bagi Grand Theft Auto V (GTAV) iaitu Grand Theft Auto V: Premium Online Edition yang mana ia boleh dibeli secara fizikal dan digital bermula minggu hadapan.

Bagi versi Playstation 4 dan Xbox One, Rockstar akan melancarkan versi fizikal dimana ia akan menyertakan kesemua kandungan permainan GTAV bersama kandungan GTA Online seperti kemaskini Doomsday Heist, Gunrunning, Smuggler’s Run, Bikers dan sebagainya.

Menariknya juga, Rockstar juga akan menyertakan kandungan Criminal Enterprise Starter Pack, dimana pemain bakal menerima kandungan buat permainan GTA Online seperti kenderaan tambahan, rumah dan nilai mata wang permainan sebanyak $1 juta.

Buat masa ini, harga rasmi buat permainan tersebut masih belum diumumkan, seperti biasa kami akan berkongsinya setelah diumumkan secara rasmi oleh Rockstar.