Skip to main content

Battlezone iaitu permainan realiti-maya pertempuran kereta kebal yang dilancarkan sebagai permainan realiti-maya di Playstation VR, Oculus Rift dan HTC Vive. Kini, permainan tersebut tampaknya akan mendapat keluaran edisi yang boleh dimainkan tanpa set kepala realiti-maya tersebut.

Rebellion, iaitu pembangun permainan tersebut hari ini mengumumkan bahawa Battlezone: Gold Edition akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 1 Mei ini. Bagi versi Switch pula, ia akan dilancarkan pada musim panas tahun ini iaitu antara bulan Jun dan September.

Melalui Battlezon: Gold Edition, pembangun permainan tersebut juga akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti figura bobbleheads tambahan dan pelbagai lagi kandungan yang dilancarkan sebelum ini.

Menariknya juga, bagi mereka yang mempunyai permainan tersebut di Playstation 4 dan PC, Rebellion juga akan menyertakan kemaskini ke Gold Edition secara percuma termasuklah keupayaan untuk bermain tanpa set kepala realiti-maya.

Leave a Reply