Baru-baru ini, penerbit permainan Wave Race, Shinya Takahashi ditemu bual oleh Fandom ketika acara anugerah BAFRA, dimana beliau memperacahkan bahawa siri permainan Wave Race mungkin akan kembali sebagai permainan baru ataupun pelancaran semula.

Menurut beliau, Shinya Takahashi menyatakan bahawa beliau sangat menyukai permainan perlumbaan jetski Wave Race. Beliau juga menyatakan beliau kini sedang mencuba untuk membangun sebilangan permainan dan Wave Race mungkin adalah salah satu daripada permainan tersebut.

Wave Race merupakan permainan perlumbaan jetski yang sangat terkenal ketika pelancarannya di Game Boy pada 1992 lepas. Pada 1996 lepas, ia dilancarkan di Nintendo 64 sebagai Wave Race 64 dan mendapat pelbagai sambutan ramai oleh peminat. Permainan terakhir buat siri tersebut adalah Wave Race: Blue Storm yang dilancarkan pada konsol NIntendo Game Cube pada 2001 lepas.

Ura-ura ini merupakan berita baik buat peminat siri permainan tersebut memandangkan kali terakhir kita melihat permainan tersebut adalah pada 2001 lepas. Dengan pelancarannya di konsol Nintendo terkini seperti Switch, ia juga akan menambahkan lagi senarai permainan perlumbaan buat konsol tersebut.

Sohor Kini