Skip to main content

Ubisoft kini mengumumkan mod latihan bakal tiba buat permainan aksi perlawanaan For Honor. Melalui mod ini, pemain berupaya untuk melatih diri untuk pelbagai bentuk pertempuran daripada bentuk perlawanan asas sehingga bentuk perlawanan veteran.

Terdapat bentuk mod latihan yang disediakan, iaitu Apprentice Trial dan Warriors Trials. Melalui mod latihan ini, pemain baru berupaya untuk menyertai permainan ini dan belajar pelbagai bentuk perlawanan asas dan juga bentuk perlawanan tinggi.

Mod ini juga akan menyertakan sistem penilaian dan pemain berupaya untuk memainkan semula sesi latihan tersebut dan mengukur tahap kemampuan pemain melalui mod tersebut. Tambahan juga, kemaskini juga membenarkan pemain untuk melatih bertempur dengan sebilangan watak-watak lain. Selain itu, latihan media juga disertakan untuk pemain mempelajari pelbagai lagi mod mod permaina lain dan informasi tambahan berkenaan permainan tersebut.

For Honor merupakan permainan aksi perlawanan yang memfokuskan pertempuran jarak dekat. Ia dibangunkan dan dilancarkan oleh Ubisoft pada tahun lepas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Sejak pelancarannya, ia menerima pelbagai kemaskini dan pernambahan menarik. Tambahan juga, ia juga mempunyai bentuk permainan kompetitif dimana pemain berupaya untuk bertempur secara multi-pemain secara atas-talian.

Leave a Reply