Rules of Survival Kini Mempunyai Mod Pandang Pertama

Sebelum hadirnya PUBG Mobile dan Fortnite, Rules of Survival merupakan permua battle royale yang terawal tetapi ini tidak menghalang untuk PUBG memfailkan saman ke atas NetEase iaitu pembangun Rules of Survival yang kemudian di balas NetEase dengan menyaman permua klon seumpama mereka.

Kini mendahului permua yang lain, melalui kemaskini terbaru Rules of Survival menambah mod pandang pertama. Walaupun mod ini sudah terdapat di PUBG versi PC akan tetapi tidak untuk versi permua.

Berdasarkan NetEase, melalui mod ini permainan akan lebih mendalam dan senjata lebih nampak realistik. Menyasar dan menembak juga akan lebih mudah yang akan meningkatkan ketepatan tembakan. Melalui mod ini, pandangan juga menjadi terhad yang menjadikan permainan lebih mencabar.

Mod pandang pertama agak sesuai untuk PC akan tetapi kami tidak pasti untuk permua. Pada pendapat anda adakah lebih mudah ataupun lebih menyusahkan?

Sohor Kini