Skip to main content

PUBG pada minggu lepas telah pun memfailkan saman ke atas NetEase kerana dikatakan meniru sejumlah elemen lebih kurang dengan permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds. Kini, menariknya, mengambil langkah mereka tersendiri, pihak NetEase mula mengambil tindakan terhadap penerbit lain yang meniru mereka.

NetEase mengatakan yang mana mereka akan mengambil tindakan menyaman terhadap pelbagai permua lain yang meniru ciri-ciri kreatif daripada permua Rules of Survival dan Knives Out.

Rules of Survival

NetEase turut menekankan yang mana kedua-dua permua Battle Royale mereka dimainkan jutaan pengguna seluruh dunia, dan dibangunkan dengan konsep serta enjin permainan tersendiri. NetEase mengatakan mereka mendapati yang mana selepas melancarkan permua mereka dan berjaya, sejumlah pembangun lain, termasuk syarikat besar yang “meniru” mereka.

NetEase tidak menyatakan nama PUBG buat masa ini, malah tidak memberitahu siapakah syarikat sasaran mereka buat masa ini.

Dengan perkembangan ini, semestinya ramai yang akan menantikan apakah langkah seterusnya oleh penerbit lain dibawah genre Battle Royale selepas ini.

Leave a Reply