Aquiris Game Studio hari ini akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan perlumbaan Horizon Chase Turbo iaitu pada 15 Mei. Namun, buat masa ini pembangun permainan tersebut menyatakan ia hanya akan tiba buat Playstation 4 dan PC. Bagi versi Switch dan Xbox One, tarikh pelancaran permainan tersebut akan diumumkan kemudian.
Horizon Chase Turbo merupakan permainan perlumbaan yang mengambil inspirasi berdasarkan permainan retro pada tahun 80-an seperti permainan Outrun yang terkenal oleh SEGA. Selain itu, permainan ini juga menyertakan mod multi-pemain secara skrin pembahagi sehingga empat pemain secara serentak.
Dengan pelbagai litar dan kenderaan, permainan ini sememangnya akan menggamit nostalgia pemain-pemain retro dengan permainan perlumbaan Horizon Chase Turbo ini bermula 15 Mei ini.