Skip to main content

Berdasarkan laporan oleh Polygon, permainan terbaru dari siri Call of Duty iaitu Black Ops 4 tidak akan disertakan mod cerita seperti sebelum-sebelum ini akan tetapi buat masa ini Activision tidak memberi sebarang kenyataan mengenai laporan ini sebaliknya mereka akan mengumumkan secara lanjut mengenai permainan ini pada 15 Mei 2018.

Tambah laporan itu lagi, sebab utama mod cerita di buang adalah kerana pembangunan untuk mod tersebut tidak akan sempat disiapkan sebelum permainan ini dikeluarkan pada 12 Oktober 2018 disebabkan itu Treyach memfokuskan pembangunan untuk mod multi-pemain dan juga mod Zombies yang lebih popular di kalangan pemain. Mod yang memfokuskan kerjasama akan menjadi menggantikan mod cerita.

Jika berita ini adalah betul ia agak mengecewakan kerana Call of Duty adalah antara permainan perang yang mempunyai jalan cerita yang menarik terutama siri Black Ops, tetapi pada masa sama permainan seperti Call of Duty dan Battlefield, mod multi-pemain adalah lebih digemari pemain dan mod cerita hanya menjadi mod sampingan sahaja.

Kami cuma berharap mod cerita ini tidak dikeluarkan sebagai DLC penambahan berbayar terutama jika permainan ini dijual dengan harga penuh.

Leave a Reply