Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Hari Ini: Peggle
PC

Permainan Percuma Hari Ini: Peggle

Diterbitkan pada Apr 18, 2018 oleh .

EA Origin hari ini melalui program ‘On The House’ menawarkan permainan Peggle secara percuma untuk masa terhad.

Permainan ini asalnya dijual dengan harga $6.50(~RM26), namun kini ianya ditawarkan secara percuma khas buat pengguna PC melalui EA Origin.

Peggle merupakan permainan kasual tekaria yang asalnya dilancarkan pada 2007 lepas. Melalui permainan ini, pemain akan menembak sebiji bola dari atas skrin permain dimana bola tersebut akan melantun dan melanggar pasak. Setiap lantunan dan pelanggaran tersebut akan meningkatkan nilai markah buat pemain, sekaligus pemain akan bermain untuk mendapatkan markah tertinggi.

Permainan ini juga mempunyai sebilangan peringkat permainan dengan pelbagai bentuk pemain boleh lengkapkan dengan pelbagai cabaran berlainan. Bagi anda yang berminat siri permainan yang dibangunkan oleh PopCap Games, permainan ini sememangnya salah satu permainan terbaik dan mengasyikkan oleh mereka.

Muat-Turun : Peggle