Informasi Permainan Video Terkini
Ys VIII: Lacrimosa of Dana Untuk PC Dikeluarkan – Dilaporkan Mempunyai Masalah Teknikal
PC

Ys VIII: Lacrimosa of Dana Untuk PC Dikeluarkan – Dilaporkan Mempunyai Masalah Teknikal

Diterbitkan pada Apr 17, 2018 oleh .

Ys VIII: Lacrimosa of Dana diumumkan akan dikeluarkan pada 30 Januari 2018, disebabkan masalah framerate dan kebocoran memori permainan ini di tundakan untuk jangka masa yang tidak ditetapkan.

Hari ini, permainan ini kini boleh didapati melalui Steam pada harga RM105. Sebelum anda membelinya, berdasarkan ulasan oleh pemain di Steam, ramai yang menyatakan permainan ini masih mempunyai masalah.

Antara masalah yang dinyatakan adalah tidak menyokong permainan menggunakan papan kekunci dan tetikus, masalah teknikal grafik dan pelbagai lagi. Jika anda tidak kisah dengan masalah-masalah yang dinyatakan permainan ini adalah antara yang terbaik dalam siri permainan Ys.

Permainan ini sudah dikeluarkan unuk PS4 dan versi Switch akan tiba pada 26 Jun 2018.


TIPS & ULASAN