Sebelum ini kami ada melaporkan yang Ys VIII: Lacrimosa of Dana untuk PC akan dikeluarkan pada 30 Januari ini.  Nippon Ichi Software (NIS) melalui penulisan di Steam mengatakan yang mereka terpaksa menundakan pengeluaran permainan ini untuk PC kerana masalah framerate dan juga kebocoran memori.

Buat masa sekarang mereka tidak dapat menyatakan tarikh baru. Pemain yang sudah pra-tempah permainan ini dan inginkan bayaran balik boleh melakukan melalui pautan ini.

Walaupun kami agak kecewa dengan perkembangan ini akan tetapi ditundakan adalah lebih baik berbanding mengeluarkan permainan yang bermasalah.

Permainan ini juga akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada musim panas tahun ini.

Sohor Kini