Re-Logic Menghentikan Pembangunan Terraria: Otherworld

Re-Logic iaitu pembangun permainan Terraria mengumumkan mereka sedang membangun siri kedua permainan ini iaitu Terraria: Otherworld pada tahun 2015. 3 tahun kemudian melalui penulis di forum Terraria mereka mengumumkan pembangunan permainan dihentikan serta merta.

Menurut mereka sebab utama keputusan ini diambil adalah walaupun selepas 3 tahun dibangunkan ada banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum permainan ini boleh dikeluarkan dan akan memerlukan lebih banyak masa. Melalui perbincangan dengan penerbit 505 mereka merasakan pembangunan permainan ini tidak berbaloi.

Menurut mereka melalui pengalaman ini mereka mendapat pengajaran untuk tidak memberikan tanggungjawab pembangunan permainan penting mereka kepada pihak ketiga. Selain itu mereka juga akan menggunakan idea dan aset daripada pembangunan ini untuk permainan mereka yang lain.

Sohor Kini