Bandai Namco hari ini berkongsi sebilangan informasi tambahan berkenaan permaina akan datang iaitu Full Metal Panic! Fight! Who Dares Wins. Permainan ini sebelum ini diumumkan pada tahun lepas dan ia dirancang untuk dilancarkan pada 31 Mei ini.

Melalui pengumuman ini, Bandai Namco menyatakan bahawa mereka akan menyertakan sebilangan kandungna buat permainan tersebut bagi mereka yang membuat pembelian awal.

Melalui versi fizikal dan digital buat pembelian awal, Bandai Namco akan menyertakan 3 DLC pernambahan senjata. Pembelian awal tersebut bermula 31 Mei kelak apabila ia dilancarkan sehinggalah pada 27 Jun ini. 3 senjata yang akan disertakan adalah Boxer-2 Custom 76mm Shotgun (AP) Enhanced Cartridge, ASG96-B Custom 57mm Smoothbore Gun dan GRAW-X Monomolecular Cutter (LD Prototype).

Tambahan juga, bagi mereka yang membuat pembelian awal bagi versi fizikal, Bandai Namco akan menyertakan kraf kertas khas Bonta-Kun daripada siri tersebut. Namun kraf kertas tersebut adalah terhad dan hanya boleh didapati dengan pembelian awal permainan tersebut sahaja.

Full Metal Panic! Fight! Who Dares Wins akan dilancarkan pada 31 Mei buat konsol Playstation 4. Permainan ini juga akan tiba buat pasaran Malaysia dengan sarikata bahasa Inggeris.

Sohor Kini