Informasi Permainan Video Terkini
Football Manager Touch 2018 Untuk Switch Kini Dikeluarkan Melalui eShop

Football Manager Touch 2018 Untuk Switch Kini Dikeluarkan Melalui eShop

Diterbitkan pada Apr 16, 2018 oleh .

Pada bulan lepas kami melaporkan ura-ura yang Football Manager Touch 2018 akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch berdasarkan penyenaraian di Korean Game Rating Board, beberapa hari kemudian SEGA mengesahkan perkara ini.

Kini permainan tersebut boleh didapati secara digital melalui eShop dan juga Nintendo.com dengna harga $39.99 (RM155). Football Manager sekarang berjinak-jinak untuk dijadikan sebagai satu e-sukan dengan pengeluaran di Switch memudahkan lagi untuk anda mengasah kebolehan anda.

Football Manager Touch merupakan siri permainan Football Manager yang lebih ringkas membuang beberapa teknik permainan seperti temubual sebelum dan selepas permainan dan juga tidak mempunyai pasukan bawah 18 tahun.

eShop: Football Manager Touch 2018


TIPS & ULASAN