Informasi Permainan Video Terkini
ESM Melancarkan Program Pemilihan Pasukan E-Sukan 2018 Di Seluruh Negara

ESM Melancarkan Program Pemilihan Pasukan E-Sukan 2018 Di Seluruh Negara

Diterbitkan pada Apr 15, 2018 oleh .

Pada hujung minggu lepas, Esports Malaysia (ESM) melancarkan program pemilihan pasukan E-Sukan 2018 yang mana program ini mendapat sokongan dan pengiktirafan oleh Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan. Tiga permainan e-sukan yang dipilih adalah Dota 2, FIFA 18 dan Counter Strike: Global Offensive.

Sebanyak 15,000 atlet e-sukan akan terlibat dengan program tersebut melalui pemilihan yang berlangsung di seluruh 14 negeri, 30 kelab e-sukan di kolej dan universiti dan sebanyak 6 zon, bertempur untuk bergelar juara dan menjadi sebuah pasukan e-sukan yang bakal mewakilkan Malaysia.

Tambahan juga, program ini akan membenarkan pemain-pemain e-sukan akan mendapat satu lesen khas yang mana mereka juga akan menyertai program pembangunan atlet e-sukan selama setahun bersama dengan Majlis Sukan Negara dan ESM.

Proses pemilihan akan berlangsung bermula bulan Julai ini sehingga bulan September dimana buat peringkat akhir pemilihan, ia akan diadakan di Ipoh Perak bersempena dengan Sukan Malaysia (SUKMA) pada September ini.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lanjut berkenaan informasi tambahan proses pemilihan tersebut, anda boleh melayari laman rasmi Facebook Esports Malaysia ESM.

Menurut setiausaha ESM, Rinie Ramli menyatakan bahawa program tersebut di tubuhkan dengan menyelaraskan dengan visi Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin berkenaan pernubuhan pasukan e-sukan negara bagi bertanding di Olimpik 2024 dan kejohanan antarabangsa pada masa akan datang.

Beliau juga menyatakan bahawa ESM akan melaksanakan sistem perlesenan pemain e-sukan. Melalui sistem ini, pemain akan memegang lesen khas sebagai pemain e-sukan negara dan mereka bukan sahaja akan menerima elaun malah tajaan oleh Majlis Sukan Negara dan ESM untuk menyertai sebarang kejohanan.

Selain itu, pada hujung minggu lepas ESM juga mengadakan acara pusingan kelayakkan buat China Esport Games 2018 Malaysia Qualifier dimana acara tersebut akan memilih pemain-pemain untuk mewakilkan Malaysia di acara China Esport Games 2018 yang akan berlangsung pada penghujung bulan April ini.

Sebanyak 224 pemain akan bertempur untuk mengelar juara dan merebut hadiah wang tunai sebanyak RM130,000. Selain itu, juara pusingan kelayakkan tersebut juga akan mewakilkan Malaysia dan mendapat tajaan penuh penerbangan, pengangkutan dan penginapan ke pertandingan China Esport Games 2018.

Ketua pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Bin Ismail juga menyatakan bahawa proses pemilihan pemain e-sukan ini juga diadakan untuk menyusunkan proses tersebut dengan lebih teratur. Tambahan beliau, program ini juga akan membenarkan pihak ESM untuk menyokong pemain-pemain e-sukan bukan sahaja dari segi latihan malah persediaan untuk mereka menempuh pelbagai kejohanan pada masa akan datang di dalam negara mahupun antarabangsa.

Ini merupakan satu initiatif yang harus dipuji memandangkan arena e-sukan semakin berkembang. Dengan adanya persatuan yang menyelia bukan sahaja dari segi pemilihan pemain, malah latihan dan persediaan buat pemain semestinya akan membuka lagi banyak peluang buat industri e-sukan di Malaysia.


TIPS & ULASAN