THQ Nordic minggu ini mengumumkan bahawa mereka tidak akan berada di E3 tahun ini kerana mereka ingin menonton piala dunia FIFA yang berlangsung pada minggu yang sama dengan E3 di Russia.
Menurut THQ Nordic, mereka tidak akan melepaskan saat acara sukan terbesar ini. Mereka juga menyatakan memandangkan acara piala dunia FIFA tersebut berlangsung di Russia, acara tersebut adalah terlalu awal buat mereka untuk menontonnya jika berada di E3.
Pada masa yang sama, THQ Nordic juga berharap seluruh peminat permainan video akan terus menanti pengumuman seterusnya buat permainan Darksiders 3, Biomutant, Fade To Silence dan Wreckfest bersama sebilangan permainan lain yang masih belum diumumkan ketika di acara Gamescom yang bakal berlangsung di Cologne, Jerman.