Informasi Permainan Video Terkini
2K Games Dilaporkan Sedang Membangunkan Permainan Bioshock Seterusnya

2K Games Dilaporkan Sedang Membangunkan Permainan Bioshock Seterusnya

Diterbitkan pada Apr 14, 2018 oleh .

Hari ini melalui laporan Kotaku berkenaan masalah proses pembangunan Mafia III oleh 2K Games, laporan tersebut menyatakan bahawa 2K Games kini sedang membangunkan permainan seterusnya buat siri Bioshock.

2K Games sebelum ini melancarkan kompilasi permainan Bioshock, iaitu Bioshock, Bioshock 2 dan Bioshock pada 2016 lepas yang mana ia dibangunkan dengan pelbagai pernaik-tarafan dari segi grafik. Namun kini, tampaknya 2K Games tidak akan meninggalkan francais permainan Bioshock yang mana studio pembangun tidak bernama di 2K Games dilaporkan sedang membangunkan permainan Bioshock seterusnya.

Melalui laporan tersebut, 2K Games dikatakan sedang membangunkan sebuah permainan dengan projek bernama Parkside yang mana ia sememangnya adalah permainan terbaru buar siri Bioshock. Tambahan juga, 2K Games juga mengambil sebilangan pembangun-pembangun dari studio permainan lain dibawahnya seperti Hangar 13 untuk membangunkan permainan tersebut.

Hal demikian menyebabkan proses pembangunan permainan Mafia III oleh Hangar 13 bermasalah dan pelancarannya mendapat pelbagai kritikan peminat dengan sebilangan masalah dan bentuk permainan yang berulangan.

Sememangnya ini merupakan satu berita yang menarik memandangkan permainan Bioshock adalah satu permainan yang menarik bagi kami terutamanya Bioshock Infinite yang mempunyai tema permainan yang sangat mengakjubkan. Namun dengan terlibatnya masalah seperti ini, kami di Aksiz juga risau dengan keadaan pembangunan permainan tersebut.