Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa permainan terbaru Earth Defense Force 5 akan dilancarkan buat pasaran Malaysia. Menurut Sony, ia bakal tiba pada musim panas ini iaitu antara bulan Jun sehingga September secara esklusif di Playstation 4. Permainan juga sebelum ini telah dilancarkan buat pasaran Jepun pada Disember lepas.

Earth Defense Force 5 merupakan permainan terbaru buat siri Earth Defense Force yang mana ia meletakkan pemain bertempur dengan mahkluk asing yang akan menakluk bumi.

Pemain akan bermain sebagai aksar EDF dimana melalui permainan ini, pemain diberi pilihan untuk memilih 4 jenis kelas askar dan nilai senjata yang menghampiri 1000 jenis untuk dipilih. Permainan ini juga akan menyertakan lebih dari 100 misi buat pertama kalinya untuk siri permainan tersebut.

Selain itu, permainan ini juga akan menyokong multi-pemain koperasi sehingga empat pemain secara atas-talian. Ia juga menyokong multi-pemain luar-talian melalui skrin pembahagian. Versi global ini juga akan menyertakan suara latar bahasa Inggeris.

Tambahan juga, bersempena dengan pengumuman ini, Sony Interactive Entertainment juga mengadakan promosi jualan khas Earth Defense Force 4.1: Shadow Of New Despair bermula hari ini sehingga 18 April ini.

Anda boleh mendapatkan permainan tersebut dengan harga RM86.40 berbanding harga asalnya RM216. Manakala bagi anda yang melanggan Playstation Plus, anda akan mendapat 10% diskaun tambahan dan permainan tersebut hanya berharga RM64.80.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya melalui harga diskaun di PSN Store.

PSN Store: Earth Defense Force 4.1: Shadow Of New Despair

 

Sohor Kini