Informasi Permainan Video Terkini
Fnatic Mengembangkan Lagi Pasukan Mereka Dengan Menyertai E-Sukan Rainbow Six Siege

Fnatic Mengembangkan Lagi Pasukan Mereka Dengan Menyertai E-Sukan Rainbow Six Siege

Diterbitkan pada Apr 13, 2018 oleh .

Dengan berkembangnya e-sukan buat permainan Rainbow Six Siege, Fnatic hari ini mengumumkan bahawa mereka akan telah memiliki pasukan e-sukan Rainbow Six Siege daripada Mindfreak.

Pasukan tersebut terdiri daripada 5 ahli pasukan iaitu Etienne ‘Magnet’ Rousseau, Jason ‘Lusty’ Chen, Ethan ‘RizRaz’ Wombwell, Matthew ‘Acez’ McHenry dan Daniel ‘NeophyteR’ An. Manakala jurulatih pula adalah Jayden ‘Dizzle’ Saunders.

Mereka tampaknya bersedia untuk mengharungi nama pasukan Fnatic dimana mereka juga sebelum ini menjuarai kejohanan Rainbow Six Siege APAC Lan sebagai pasukan Mindfreak.

Dengan pemilikian tersebut, Fnatic akan terus mewakil pasukan mereka untuk acara peringkat akhir Rainbow Six Siege APAC Pro League musim ke-7 hujung minggu ini di Sydney Australia. Acara tersebut juga akan menentukan pasukan yang akan mewakili Asia Tenggara untuk acara akhir Rainbow Six Siege Pro League III yang bakal berlangsung Mei ini.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pasukan Fnatic buat acara akhir Pro League yang akan berlangsung hujung minggu ini.


TIPS & ULASAN