Skip to main content

Disember lepas, Ubisoft berkongsi bahawa permainan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege mencapai 25 juta pemain. Kini, selang 4 bulan kemudian, Rainbow Six Siege kini mencapai 30 juta pemain di semua platform.

Sejak pelancarannya pada 2015 lepas, ia asalnya tidak mendapat sambutan ramai kerana kandungan yang agak berkurangan. Namun, selepas 3 tahun pelancaran, Ubisoft sering menyertakan pelbagai kandungan tambahan malah mengadakan pelbagai acara e-sukan.

Ubisoft juga sering mengadakan pelbagai acara terhad seperti mana pada awal bulan ini, iaitu Operation Outbreak yang meletakkan mod permainan zombi di dalam permainan tersebut.

Dengan kejayaan ini, kami percaya Ubisoft akan terus menyokong pelbagai kandungan tambahan buat permainan tersebut malah bagi anda yang masih belum memiliki permainan ini, anda mungkin berminat untuk mendapatkannya sekarang.

 

Leave a Reply