Informasi Permainan Video Terkini
Far Cry 5 Sudah Terjual Setengah Juta Unit Di Steam
PC

Far Cry 5 Sudah Terjual Setengah Juta Unit Di Steam

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Far Cry 5 merupakan permainan terbaru untuk siri permainan Far Cry yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Ubisoft. Seperti Assassin’s Creed Origin, Far Cry 5 juga mengambil lebih lama untuk dikeluarkan iaitu 4 tahun selepas Far Cry 4 dikeluarkan (tidak mengambil kira Far Cry Primal).

Dengan mengambil masa lebih lama, Ubisoft memperkenalkan beberapa perubahan untuk permainan ini yang nampaknya menerima reaksi positif dari pemain. Berdasarkan laporan, Far Cry 5 sudah terjual sebanyak 500,000 unit di Steam tanpa mengira jumlah terjual di Uplay dan juga untuk Playstation 4 dan Xbox One.

Kebiasaan jumlah jualan permainan di konsol melebihi jumlah jualan di Steam dengan anggaran ini boleh dikatakan hasil jualaan Far Cry 5 untuk minggu pertama melebihi 1 juta unit yang merupakan satu kejayaan baik walaupun untuk permainan Ubisoft.

Kami masih lagi sedang bermain permainan ini dan akan berkongsi lebih lanjut mengenai pandangan kami mengenainya. Jika anda sudah mencubanya, apa pandangan anda mengenai perubahan yang dilakukan untuk Far Cry 5?


TIPS & ULASAN