Capcom hari ini berkongsi trailer terbaru berkenaan pengumuman mereka untuk permainan kompilasi Megaman X yang diumumkan tahun lepas bersama Megaman 11. Melalui trailer tersebut, permainan kompilasi Megaman X tersebut akan dibahagi kepada dua, iaitu Megaman X Anniversary Collection dan Megaman X Anniversary Collection 2. Namun buat masa ini, ianya diumumkan akan tiba buat pasaran Jepun sahaja dahulu iaitu pada 26 Julai Ini.

Menurut Capcom, permainan ini akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam. Melalui dua permainan ini, setiap permainan akan menyertakan sebilangan permainan Megaman X iaitu bermula dengan Megaman X Anniversary Collection 1 :

  • Megaman X
  • Megaman X 2
  • Megaman X 3
  • Megaman X 4

Manakala Megaman X Anniversary Collection 2 pula akan menyertakan:

  • Megaman X 5
  • Megaman X 6
  • Megaman X 7
  • Megaman X 8

Selain itu, setiap kompilasi permainan tersebut juga akan menyertakan mod “X Challenge Mode” dimana pemain perlu bertempur dengan sebilangan ketua musuh dalam masa serentak sekaligus memberi tahap kesukaran yang lebih mencabar.

Tambahan juga, permainan ini juga akan menyertakan sebilangan pilihan penuras grafik klasik mahupun grafik yang lebih lancar. Selain itu, bagi permainan Megaman X7 dan X8, Capcom juga menaik-tarafkan dengan resolusi yang lebih tinggi.

Terdapat juga mod baru iaitu mod muzium yang mana pemain berupaya untuk melihat galeri, muzik dan sebagainya. Tambahan juga, Capcom akan menyertakan animasi khas The Day of Sigma yang disertakan di dalam permainan asli Megaman Maverick Hunter X yang dilancarkan di konsol Playstation Portable.

Walaupun Capcom masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran buat versi global, kami berasa tarikh pelancaran bagi versi tersebut juga akan tiba dalam masa terdekat memandangkan permainan tersebut merupakan permainan pernambah-baikkan sahaja. Tambahan, bagi anda yang meminati siri Megaman X, ini merupakan kompilasi permainan terbaik buat siri tersebut dengan menyertakan kesemua siri Megaman X.

Sohor Kini