Toy Story 4 Akan Ditayang Pada 21 Jun 2019

Melalui laman rasmi Facebook Toy Story, Pixar mengumumkan bahawa filem seterusnya, Toy Story 4 akan ditayang bermula 21 Jun 2019.

Walaupun begitu, buat masa ini Disney Pixar masih lagi belum berkongsi sebarang trailer mahupun imej berkenaan filem tersebut. Namun, pada 2015 lepas, pegawai kreatif Disney, John Lasseter menyatakan bahawa Toy Story 4 akan memfokuskan kisah pencintaan antara Woody dan Bo Peep.

Kami sendiri di Aksiz agak berminat untuk menyaksi pengembaraan seterusnya buat watak Buzz dan Woody, namun dengan pengakhiran Toy Story 3 pada 2010 lepas, mungkin dengan memfokuskan penceritaan pencintaan antara mainan bukanlah sesuautu yang menarik? Apakah pendapat anda berkenaan filem seterusnya Toy Story ini?

Sohor Kini