Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan Dota 2 ROG Conquest 2018 Akan Berlangsung Pada 28-29 April 2018 – Pendaftaran Dibuka Secara Percuma

Kejohanan Dota 2 ROG Conquest 2018 Akan Berlangsung Pada 28-29 April 2018 – Pendaftaran Dibuka Secara Percuma

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

ASUS dan Penang Youth Development Corporation (PYDC) dengan kerjasama Penang ICT Association (PICTA) hari ini mengumumkan Kejohanan Dota 2 ROG Conquest, Penang State Championship 2018 akan berlangsung pada 28 – 29 April 2018 di The Top, Komtar, Pulau Pinang.

Kejohanan ini akan memperlihatkan 64 pasukan yang akan bertanding untuk memenangi kumpulan hadiah sebanyak RM20,000. Pusingan kelayakan akan berlangsung pada 21 dan 22 April 2018. Kelayakan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu terbuka dan universiti.

Pasukan yang ingin memasuki kumpulan terbuka, kesemua ahli pasukan mesti warga negara Malaysia dan berumur bawah 25 tahun. Manakala untuk kumpulan Universiti, sama seperti syarat untuk terbuka tetapi diwajibkan mempunyai sekurang-nya 3 orang pelajar universiti dari 5 orang dalam satu pasukan. Keutamaan diberikan kepada pelajar dari kolej/universiti di Pulau Pinang dan pendaftaran adalah percuma.

Empat pasukan terbaik daripada kumpulan terbuka dan kumpulan universiti akan layak ke pusingan akhir kejohanan ini. Kesemua perlawanan kelayakan adalah secara atas talian. Kami di Aksiz ingin mengucapakan selamat berjaya kepada pasukan yang menyertai. Jika anda berminat gunakan pautan dibawah untuk mendaftar dan anda boleh melayari Facebook ASUS ROG untuk maklumat lebih lanjut.

Daftar: ROG Conquest 2018