Informasi Permainan Video Terkini
Kesemua Kad Untuk Penambahan Terbaru Hearthstone The Witchwood Diperlihatkan
PC

Kesemua Kad Untuk Penambahan Terbaru Hearthstone The Witchwood Diperlihatkan

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

Pada awal bulan lepas kami melaporkan yang Blizzard mengumumkan penambahan terbaru untuk Hearthstone iaitu The Witchwood. Penambahan ini memperkenalkan beberapa mekanik baru seperti Start of Game,Echo dan Rush.

Selepas beberapa kad diperlihatkan hari ini Blizzard memperlihatkan kesemua 135 kad baru yang akan hadir melalui penambahan The Witchwood ini. Anda boleh melihat kesemua kad melalui pautan ini.

Penambahan ini boleh di pra-tempah dengan harga $49.99 (RM193) dan pemain akan mendapat 70 kad iaitu 20 kad lebih banyak ataupun anda boleh membelinya dengan murah apabila penambahan ini dikeluarkan pada 12 April 2018 nanti.