Pada Oktober tahun lepas kami melaporkan yang Resident Evil 7 sudah terjual sebanyak 4 juta unit, kini 6 bulan kemudian nampaknya hasil jualan meningkat sebanyak 1 juta unit apabila Capcom mengumumkan setakat ini permainan tersebut sudah terjual sebanyak 5 juta unit.
Walaupun ramai pemain memuji permainan terbaru dari siri Resident Evil ini kerana mengembalikan apa yang menarik mengenai Resident Evil akan tetapi nampaknya terjual dengan agak perlahan. Walaupun 5 juta adalah jumlah yang besar akan tetapi jauh dari sasaran mereka iaitu 10 juta unit.
Tambahan jika dibandingkan dengan permainan Resident Evil yang lain, permainan ini masih ketinggalan kecuali Resident Evil 3. Permainan ini akan terus terjual tetapi kami menjangkakan akan mengambil masa yang lama untuk mencapai sasaran iaitu 10 juta unit.