Resident Evil 7 membawakan banyak perubahan drastik berbanding formula permainan terdahulu. Keseluruhan permainan dikawal menerusi pandangan pertama dan ini menjadikannya lebih seram berbanding pandangan individu ketiga sebelum ini. Oleh sebab itu ia menyebabkan ramai peminat RE kurang berminat membelinya.
Selepas di pasaran hampir sembilan bulan, Capcom berkongsi angka jualannya. Dari grafik di laman rasmi Resident Evil. sebanyak empat juta salinan Resident Evil 7 telah terjual. Ini adalah masih jauh di bawah sasaran 10 Juta unit yang disasarkan oleh Capcom. Adakah anda membeli RE7? Kami masih belum cukup berani untuk membelinya kerana dari trailer sahaja ia sudah cukup menakutkan.